Tuesday, 27 November 2012

Seni dalam kehidupan manusia

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :
Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh

Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku

Seni dalam pendidikan



DAIVANAYAGI A/P C. DORAISAMY
NOMBOR MATRIK : D20112053764