Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak
melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni
pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.
Terdapat beberapa
tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi
manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada
tokoh-tokoh :
Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara
aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan
murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Teori Kecerdasan Manusia
(1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan
minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai
jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih
kreatif.
Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan
otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan
intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains
yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan
kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari
pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang
berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan
estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan
intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni
Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.
Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri
dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang
dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu
guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu
perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia
juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga
membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh
Terima kasih atas perkongsian info yang bermanfaat.^^
ReplyDeleteByk info!
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih kerana perkongsian ilmun ilmu
ReplyDeletePerkongsian yang berguna ! :)
ReplyDeleteHello Cikgu,
ReplyDeleteTahniah yea. Blog menarik dan berinformasi. Sudilah berkunjung ke blog saya pula di http://cikgurohanimu.blogspot.com. Terima kasih cikgu.:)
Maklumat yang dikongsi bersama sungguh berguna bagi saya. Terima kasih.
ReplyDeleteTahniah...blog yang padat dengan informasi...
ReplyDelete